BAHAYA BAHAN KIMIA!!

Tanpa sedar selama hayat kita sudah berapa banyak bahan kimia yang memasuki tubuh badan kita. Kadang kita nampak remeh, namun untuk jangka masa panjang ia boleh memudaratkan diri.

Kebanyakan yang terguna bahan kimia tanpa sedar ini adalah disebabkan tiada pengetahuan tentang bahan-bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri.

Berikut adalah bahan kimia yang biasa terdapat didalam produk penjagaan diri.

1. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selain parabens. Bahan utamanya adalah formaldehida, yang biasa digunakan untuk mengawet mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Ia boleh menyebabkan dermatitis (radang kulit), luka bakar, inflamasi, dan pengeluaran air mata.

2. METHYL & PROPYL dan BUTYL & ETHYL PARABEN

Ia digunakan sebagai penghalang pertumbuhan bakteria dan untuk memanjangkan tempoh hayat produk. Meskipun ia diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin terjadi adalah timbul banyak reaksi alergi dan ruam kulit.

3. PETROLATUM

Hindari petrolatum atau parfum berbahan petrolatum, kerana ini merupakan satu byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau bensin.

4. PROPYLENE GLYCOL

Idealnya, ini adalah gliserin sayuran yang dicampur dengan alkohol yang terbuat dari gandum. Propylene Glycol biasa ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis. Bahkan penelitian terakhir menunjukan bahawa zat ini juga dapat merosak ginjal dan hati.

5. PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang yang terhasil dari pengeluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lainnya. Ia dianggap beracun, kerana partikel-partikelnya boleh menyebabkan masuknya benda asing pada paru-paru orang sensitif.

6. STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dikembangkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini dapat menyebabkan reaksi alergi.

7. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetis ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan menciptakan banyak busa. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, keguguran rambut, kelemumur pada kulit kepala dan reaksi alergi. Sering kali kandungan zat ini disamarkan dalam pseudo-kosmetik alami dengan penjelasan dalam tanda kurung “berasal dari kelapa.”

8. SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetis warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya.

9. SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetis yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi sebanyak 200 zat kimia berbahaya. Bila Anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya akan diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan kesan samping seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper-pigmentasi, kekerasan batuk, muntah dan iritasi kulit.

10. TRIETHANOLAMINE

Sering digunakan dalam kosmetik untuk mengatur PH dan sebagai asas bagi kebanyakan produk pembersih. TRIETHANOLAMINE dapat menyebabkan reaksi alergi, termasuk masalah mata dan kekeringan pada rambut dan kulit. Ia beracun jika diserap ke dalam tubuh dalam jangka waktu yang panjang.

sumber: conectique.com

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih produk penjagaan diri. Sebaiknya pilih lah produk dari bahan-bahan semulajadi dan organik.

MARY JARDIN adalah antara jenama rangkaian produk penjagaan diri yang bebas bahan kimia bahaya.

Antara rangkaian produk MARY JARDIN adalah set penjagaan kulit muka Lavender Garden. Set ini terdiri daripada Face Soap, Face Oil, Detox Clay Mask dan Collagen Serum.

Ia juga menawarkan set penjagaan kulit badan iaitu Lavender Rose Collection yang terdiri daripada Body Scrub, Hand & Body Lotion, Lip Butter dan juga Face Mist.

Semoga anda membuat pilihan yang BIJAK. 😊

Untuk maklumat lanjut tentang produk MARY JARDIN sila hubungi saya. ⬇

📱0199809762
Facebook: Cher Didie Diana
Facebook page: Cherdidie Natural Beauty

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Mary Jardin

Mary Jardin Birthday Promotion!! PENJIMATAN BERGANDA.